Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Sama Jugak

makanan

Aku tetap sama,masih tak sempat nak menempelkan sebarang post disini. Bukan aku duduk menonton,bukan melukis mahupun mengubah (baca: edit) gambar. Aku berjalan-jalan mengambil angin,membuang angin, dan membuang duit. Jadi dengan tidal disengajakan aku pun pulang dalam keadaan yang teramat penat lalu tertidur. Hari berikutnya begitu juga,berjalan dan menghabiskan duit yang sedikit ini. Begitu juga dengan hari ini, tetapi aku masih sempat untuk mencoretkan sedikit dan tidak banyak kerna aku masih penat dan ingin menyambung tidur yang tidak dapat dipuaskan lagi didalam bas tadi.

Bermula dari hari Jumaat; Aku mulakan dengan bangun di tengahari dan sesudah solat Jumaat aku ke JPJ, Pos, dan Agen Institut memandu. Malamnya aku menghabiskan masa dengan rakan,sampai 5 pagi.

Hari Sabtu; Gambar diatas merupakan makanan yang dimakan dikedai yang pelayannya agak sengal² mempromote makanan mereka. Berjalan di bandar Seremban, Petang di Senawang, Malam di Paroi menyaksikan upacara pernikahan bekas rakan sepejabat. Balik penin terus tido.

Hari Ahad; Bermula di Amcorp Mall(KL) melayan flea market, ke Kompleks A PJ survey kereta, Ke Selayang membayar booking kereta adikku, makan di Kerinchi, Kembali ke rumah dan sedang menulis sekarang ini. Mungkin malam lepak dengan Apek yang entah berapa bulan tak jumpa.

Noer Izham & Siti Hajar

Noer Izham & Siti Hajar

nota 1: Sangat penat, tapi mahu melepak lagi

nota 2: Selamat Pengantin Baru Kepada Siti Hajar & Noer Izham dan semoga berbahagia sepanjang hayat.

nota 3: Dengar khutbah nikah rasa macam lambat lagi nak menikah!

December 28, 2008 - Posted by botaksart | Babbling, Malay | , | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment