Friendster-Oh-Friendster (sambungan)

Bersambung dari yang sebelumnya..
Ketika aku sedang asyik dengan aktiviti forum, rupanya ada makhluk yang terlebih advance untuk mengendalikan layout ini. Tiba-tiba sedang aku asyik melayari profile² orang tiba² aku terkujat. Gumam seketika. Taksub sebentar. Aku terjumpa dengan dewa segala layout. Perubahan yang sangat ketara berbanding yang telah aku lakukan selama pencarian. Maka inilah yang dikatakan takdir untuk aku lebih belajar dengan kehebatan orang. Mujur aku masih tidak riak dengan kekuatanku ketika itu. Aku terus bertanya kepada empunya layout, mereka mengarahkan aku ke web yang disediakan untuk maklumat lebih lanjut.

Aku membuka website Markyctrigger yang dikatakan mereka. Sungguh sedikit maklumat yang ada pada ketika itu. Rupa²nya web tersebut baru sahaja beroperasi. Layout yang dikatakan merupakan overlay kepada profile untuk Friendster, yakni ianya membuat lapisan kedua di atas profile. Berkenalan dengan ramai orang dan akhirnya aku baru mengetahui bahawa owner web tersebut adalah seorang pelajar Melayu dari UKM! Aku ingatkan website kepunyaan Pinoy(philiphine) tetapi perkara ini diakui sendiri oleh webmaster itu sendiri. Dia punya idea dan orang lain yang support. Pelik jugak aku, padahal domain bukannya mahal sangat pun.
Aku mula belajar tanpa mengetahui apa itu bahasa komputer! Sungguh lampi rasanya ketika itu. Disebabkan kekurangan source, maka aku bermula dengan kaedah cuba-gagal. Aku mengambil salah satu layout free yang diberikan dan mencuba untuk mengubahnya sendiri. Selama hampir 2 bulan aku mempelajari apa itu HTML! Akhirnya aku terjumpa juga dengan bahasa HTML yang sebenar. Banyak tutorial dari web² lain tetapi semuanya hampir kepada hampas. Aku mula terjebak dengan aktiviti perbincangan melalui ym!, forum dan pada masa itu tiada rakan dekat yang boleh membincangkan dengan best apa itu HTML yang aku sedang belajar dengan tekun.
Akhirnya aku berjaya untuk mengubah layout yang telah diberikan dan dengan tidak sia² aku terus sahaja memulakan projek untuk layout aku sendiri. Ramai antara yang pakar menggunakan bahasa tersebut hanya menggunakan masa tidak sampai setengah jam pun! Aku mencari sendiri dengan layout yang simple. Berjaya episod-1. Episod kedua, buat beberapa kelainan,berjaya episod ke-2. Ketiga kalinya aku agak sukar kerana menggunakan dan mengubah script orang lain,menggunakan masa yang lama tetapi tetap berjaya Episod-3. Episod 4 membuahkan hasil apabila aku membuatnya dengan pertambahan elemen² yang menarik aku kaut dari website orang lain dan berjaya episod-4. Aku mula teruja dan mula membuat layout untuk orang lain untuk membuatkan aku terus menjadi hebat dan lebih berpengalaman dalam mengimbangi warna².
Ketika sedang lama aku asyik dengan kesenangan ini suatu perkara yang lebih dan telah dijangkakan oleh aku sendiri. Mereka mula bermain dengan flash. Disini aku tetap meneruskan kerja² amal menolong newbie dan mengubah serba sedikit untuk profile orang lain yang mahukan bantuan. Akhirnya setelah beberapa lama aku membuat dan mencari akhirnya aku berhenti sekerat jalan. Kerja lebih penting dan kerja aku sangat penat kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku terpaksa melupakan kegiatan aku dan kini nama aku terus terhapus selepas setahun++ aku tidak mengambil bahagian di dalam forum.
Aku semakin penat dan aku tetap akan mengabaikan apa yang telah aku belajar suatu masa dahulu kerana aku telah berpuashati dengan apa yang telah aku belajar sehingga aku merasakan banyak lagi perlu diperluaskan. Aku tidak peduli kerana itu bukan kerjaya aku yang sebenarnya, aku hanya mahukan ilmu tersebut untuk memuaskan hatiku sendiri disamping dapat menolong orang lain. Aku sendiri tidak terlarat dengan kerjaku pada ketika itu dan ditambah sekarang ini aku tinggal di tempat lain dan tanpa komputer disisi! Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui tentang layout ini,dan korang sendiri boleh mencuba untuk melayari website yang aku coret disini. Korang test sendiri (jangan tanya aku) tanya sama forumer, berani untuk buat sebab komputer korang takkan meletup pun kalau salah buat. Pastikan korang update sentiasa dengan mereka kerana sekarang ini Friendster telah banyak menidakkan(baca: Disable) banyak jenis script yang boleh diletakkan di Profile masing². Selamat mencuba dan selamat berusaha dengan bersungguh-sungguh!
nota: Aku memang betul² ketinggalan terus dalam bidang nih!
nota 2: Aku memang tahu yang aku sangat² tidak mampu untuk rendering flash subject!
nota 3: Ini post aku paling panjang dalam sejarah blog aku walaupun banyak yang telah dipendekkan!
December 31, 2008 - Posted by botaksart | Creativity, Malay, Product Review | friendster, Layout, Markyctrigger, Overlay | 1 Comment
1 Comment »
Leave a comment
Whooaaaa..Its me!!

-
Recent Posts
Archives
- March 2009 (1)
- January 2009 (4)
- December 2008 (11)
- June 2008 (9)
- May 2008 (8)
- April 2008 (2)
- January 2008 (7)
- December 2007 (1)
- November 2007 (10)
- October 2007 (4)
- September 2007 (17)
- August 2007 (4)
- February 2007 (3)
- January 2007 (1)
βσ┬λЌ [アズハ]

Blogroll
Others Blog
Category Cloud
Meta
kalo ko ketinggalan.. aku neh tak tau nak masok kategori mane~
Comment by wandalini | December 31, 2008