Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Rindu

This article is a credit for Zahirul. taken from his blog. Good facts.Malay version

Silapnya kita apabila terlalu rindu tidak pernah fikirkan bagaimana keadaan org yg sedang dirindukan itu. Kita meletakkan dirinya sama seperti kita.Kita sangka dia juga sedang merindukan kita.Jika dia seorang yang cemerlang kadang2 dia sibuk dengan kerjaya atau sibuk dengan pelajaran. Kita kene beri kesempatan kepadanya untuk ‘tarik nafas’. Panggilan yang bertalu-talu akan hanya mengundang rasa benci.

Rindu itu asam garamnya percintaan. Ia perencah pada masakkan yang bernama cinta. Tanpa rindu cinta memang tidak bermakna, tetapi batas-batasilah rindu anda sebab kerinduan yang terlampau akan membuatkan tindakkan bodoh. Tatkala anda teramat rindu anda dalam arus theta. Arus ini adalah arus ketiga setelah beta (semangat) dan alpha (tenang). Arus theta dipanggil juga arus mengantuk. Tatkala anda mengantuk memang tiada kecermelangan dapat anda bentuk.

Jadi,bergitulah. Tatkala anda teramat rindu anda sebenarnya dalam keadaan megantuk. Anda menurut saja bisikan hati. Hati pun sebenarnya malas hendak manyampaikan apa2 mesej power kepada minda. Minda juga letih dan inginkan kerehatan.

Tatkala anda teramat-amat rindu anda gagal berfikir secara rasional. Maka itu kawallah diri anda jangan sampai teramat-amat rindu. Bukan tidak boleh tapi batasi perasaan begini tatkala ia melanda. Kemudahan yang ada pada masa kini menyebabkan kita semakin manja dan mengada-ngada. Sikit-sikit nak telefon, sikit-sikit nak hantar SMS. Bila kita telefon kita mula mereka mcm2 prasangka apabila org yg dihubungi tidak menyambut. Kita juga akan memikirkan bermacam2 perkara jika SMS tidak berjawap selama beberapa jam.

Bergitulah kita mahu dilayani. Kemudahan komunikasi menjadikan kita semakin tidak sedar pentingnya memahami psikologi dan bahasa isyarat manusia. Tatkala org tidak mengangkat panggila anda, ketahuilah hambatan-hambatan waktu yang mengkin sedang dialaminya. Ketika dia tidak segera membalas SMS anda,fahamilah terkadang dia memang tiada waktu.

Tatkala panggilan anda tidak pernah bersambut lagi hingga seminggu, ketahuilah dia mungkin sudah tidak memerlukan anda dalam hidupnya. Tatkala SMS anda langsung tidak berbalas hingga berbulan-bulan lamanya, sedarlah anda sudah tiada dalam hatinya.

Ingat, terus menghubungi bermakna anda seperti tidak faham bahasa sepi. Mahalkanlah rasa cinta dan ridu anda itu. Tatkala rasanya orang sudah tidak memerlukan kita, usah ditagih perhatiannya lagi. Katakanlah selamat tinggal, aku membawa diri. Jika engkau jujur dlm perhubungan ini, tibalah masanya engkau pula mencariku.

Cinta akan menjadi berharga apabila diberikan harga terhadapnya. Nilainya akan bertambah tinggi apabila harganya ditinggikan. Anda terlalu rindu dan terlalu menghubunignya, ia merendahkan harga cinta anda.

Advertisements

September 20, 2007 - Posted by | Uncategorized

4 Comments »

  1. btul tu botak…sebab tu aku tak pernah percaya kat cinta…haha

    Comment by hafidz | September 20, 2007 | Reply

  2. nanti ko akan jumpe soulmate ko jugak beb..percayalah

    Comment by botaksart | September 20, 2007 | Reply

  3. rajin tul ko menulis ye. ayat pun bgs.kalo ngorat awek mesti bleh cair la. bleh buat karangan bm.hehehe.

    Comment by dayah | September 21, 2007 | Reply

  4. bukan aku punye karangan pun..hihihi..source kawan aku aje

    Comment by botaksart | September 21, 2007 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: