Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Mini Marathon ke-2 Seremban Specialist Hospital 2008

Sambutan Mini Marathon kali ke-2 tahun ini aku nampak sangat ramai jugak peserta.Nampak sangat padat hospital masa mereka nih semua berjalan² dalam kawasan hospital pagi² masa aku mula² sampai kawasan meletak kenderaan.Mini marathon ini diadakan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang terbit pada bulan 22 hb April setiap tahun.Acara dimulakan seawal pukul 730 pagi untuk pendaftaran nombor² peserta walaupun aku sampai lambat sedikit kerana kesilapan teknikal tidur aku,tapi aku berjaya sampai sebelum Ketua Polis NS sampai.Acara sedikit lambat untuk menunggu ketibaan Ketua Polis untuk melepaskan peserta kali ini.Sambil² tunggu aku berjaya mendapatkan roti dan kek free walaupun masih belum keluar dari peti roti.

Sementara menunggu kedatangan Ketua Polis, anak²,bapak²,ibu²,pakcik² dan sekalian yang menyertai marathon membuat pemanasan badan masing².Di depan kawasan utama berlakunya senaman aerobik yang mana ramai awek² dari sekolah² menengah yang aku tengok tak kurang jugak penampilan meraka.Asyik aku menonton pergerakan dari keramaian orang yang belum pernah aku nampak sebelum ini. Senaman terakhir mereka aku nampak ada ala² tai-chi-gong dengan lagu syahdu “My Heart” dari penyanyi Irwansyah dan Acha dan akhirnya Ketua Polis sampai ke perkarangan hospital(macam tetau aje die aku dah ngantuk layan lagu nih) diiringi beberapa busybodyguard yang nampak gerun di mata khalayak.Maka bermulalah acara setelah dikhabarkan oleh En Hamilye Sham kami..

Acara dimulakan dengan melepaskan marsyal² hebat dan kacak belaka dari KPJ dengan menaiki apa sahaja kederaan yang mereka miliki untuk mengawal keselamatan lalulintas semasa acara sedang dilepaskan.

Pelepasan dibuat oleh Ketua Polis NS seperti yang anda sedia maklum sebelum ini dengan kategori Veteran Lelaki,diikuti oleh Senior Lelaki disusuli pula oleh Junior Lelaki.Sama susunan seperti diatas,maka dilepaskan pula pihak wanita menyusul pihak lelaki² yang tampan yang berada dihadapan. dan akhir sekali diikuti oleh pihak² VIP yang menyertai. Maka bermulalah acara..Ingin aku ceritakan disini bahawa kaum Adam dan Hawa ini perlu melalui liku² laluan sejauh 10km melalui jalan besar menghala ke Taman Bukit Chedang dan melalui Kg Baru Rasah kemudian kembali ke jalan besar dan masuk kembali ke hospital.Nampak dekat aje,kalau korang try mesti dah pengsanmengah.Sepeninggalan mereka yang telah berlepas pihak dari Hospital Besar Tampin menganjurkan kempen derma darah yang berada di perkarangan luar hospital juga(part ni aku terlepas sebab aku pergi minum pagi).

Aku pula lepas meraka² semua dah berlepas bercadang untuk pergi minum pagi di kedai Mustofa berhadapan hospital.Baru sahaja aku mengorderkan capati aku tiba² aku nampak ada peserta dah menghabiskan marathon ni.Terkejut berukbesar aku.Tergamam seketika sebab aku belum sempat menghabiskan bacaan suratkhabar aku untuk muka hadapan The Star pagi ini.Aku makan cepat² bila makanan dah sampai.Rasanya baru sahaja aku mengambil beberapa keping gambar bersama rakanku yang pemalas nak menyertai marathon hari ini.Aku terus naik ke perkarangan hospital untuk meneruskan misi mengambil gambar awek² yang telah menghabiskan larian.

Ada dalam 1jam++ kitorang tunggu semua yang bertekad menghabiskan larian mereka.Seraya bosan menunggu,orang ramai yang ada dihibur dan diliburkan oleh kumpulan NK(aku tak tau name betul diorang) secara langsung dengan penyanyi melecun serta mempunyai intonasi dan nada yang enak didengar oleh semua yang ada.Dua lagu dah habis maka acara ucapan oleh orang² besar yang hadir pada pagi tadi.Banyak juga mesej hebat yang secara langsung disampaikan melalui kata² serius mahupun secara lawak jenaka kepada yang mendengar.

Habisnya ucapan acara penyampaian hadiah dilakukan.Berikut adalah pemenang dari setiap kategori.15 hadiah disediakan oleh pihak hospital sendiri untuk setiap kategori.Selesai tamatnya acara kumpulan langsung mendendangkan lagu permintaan dari warga SSH sebelum ini.Acara tamat pada pukul 11 pagi.

Berukut merupakan nama² pemenang utama dan yang terlibat;

Kategori Veteran Lelaki

  1. Zakaria Rahim ( 112 )
  2. Sabarudin Md ( 106 )
  3. Siew Thim Choy ( 141 )

Kategori Senior Lelaki

  1. Vijayah P ( 249 )
  2. Mohd Daud ( 248 )
  3. Tan Song Hua ( 181 )

Kategori Junior Lelaki

  1. Ahmad Luth Hamizan ( 195 )
  2. Jenaratnam ( 100 )
  3. Yuvaraja ( 101 )

Kategori Wanita Veteran

  1. Mah Ah Mooi ( 149 )
  2. Tee Boon Eng ( 148 )
  3. Tee Chee Wan ( 147 )

Kategori Wanita Senior

  1. Tan Kam Leng ( 248 )
  2. Komalavalli ( 245 )
  3. Nor Azilah Ahmad ( 246 )

Kategori Wanita Junior

  1. Punitha G ( 203 )
  2. Krisni Narmatha ( 201 )
  3. Jayaletchumi.M ( 208 )

Orang Besar² yang hadir pada hari ini;

Dato’ Osman bin Haji Salleh – Ketua Polis NS

Datin Halijah bt Mohd Rashid Pengerusi – PERKEP, IPK NSDK

En Kamal Amran Kamarudin – Setiausaha MAINS

Dr Wan Hazmy Che Hon – Pengarah Perubatan SSH

Tn Hj Abd Aziz Abd Rahman – Pengurus Besar SSH

En Fauzi Abd Aziz – Setiausaha MSSNS

En Hamidi – Timbalan Pengarah JPA3,NSDK

Dr Siti Aishah Tajuddin – Pegawai Perubatan Hospital Daerah Tampin,NS

En Azizi Ismail – Pengarah Operasi E-Dynium Network Sdn Bhd

Sponsor Otai²

Tongkat Ali Power Root

Nesvita(Nestle)

Gardenia Breakthrough

Kek tak tau sape² yang kasi

Mineral dari pihak SSH

Makanan Pagi Orang Besar² disediakan oleh

NS caterer

——————————————————————————-

Terima Kasih Kepada Cik Zahariah Zahari dan PR marketing kerana membekalkan nama² penting untuk acara kali ini

p/s:Gambar update kemudian..

Advertisements

April 27, 2008 - Posted by | Malay | , , ,

1 Comment »

  1. Datin halijah tu, sebelum jd datin le, teruk gak perangai. Dia ni suka perasan cantik, bercinta dgn suami org. Baiklah suami dia tu penyabar dgn perangai dia. Cakap omputih berlagak, tapi habuk pun tarak. Asal dia ni typist je lepas tu sombong naik pangkat jadi kerani cabuk. Anak pompuan tak menjadi jugak tu, berlagak mcm mak dia.

    Comment by sapa2 | September 4, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: