Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Al-Fatihah

Pagi Hari Khamis ketika aku tengah menyibukkan diriku ini tiba² datang khabaran yang tidak enak didengarku malah terus me’nyepoil’kan kegiatan kerja² harianku seperti biasa..Pepagi buta tiba² bos aku kuar dari bilik dengan tergesa² dan berkata,”Emak Ami meninggal dunia pagi tadi..”Sungguh down tiba²,sayup sekejap rasa jantung aku nih dengar.Aku mana boleh layan dengar orang meninggal,tiba² leh sebak.Walaupun tiada kaitan dalam hidupku ini.Malam tu aku bersama 2 orang rakanku singgah ke rumah beliau untuk penghormatan buat arwah(pergi baca Yassin je) dan nak jengok si Ami nih yang tak tido semalaman,tambahan dia balik dari kerja malam pulak tu.Terkilan sekejap dia hanya dengar khabaran dari abangnya melalui telefon bimbit.Itu kes pertama..

Kes kedua sehari selepas pemergian Emak Ami,budak account tempat kerja aku pulak.Ayah dia pulak meninggal masa dia tengah kerja malam.Pukul 2 pagi pulak tu.Tambah menyedihkan dia tak dapat balik terus,terpaksa tunggu orang yang boleh cover dia datang.Nak taknak terpaksa la tunggu sebab yang kerja malam untuk account dia sorang aje.Aku dengar dia dapat balik sebelum subuh.Salam takziah untuk Ain account..

Ada lagi satu,hari yang sama jugak.Kawan nih budak baru radiography,si Rizwan.Abang dia la pulak meninggal.Abang dia ni la yang jaga  dia selama dia hidup sebab parents dia memang dah meninggal masa dia kecil lagik.Semua cerita yang aku dengar sangat sadis sebab semua sangat rapat dengan pihak diorang.Kelam kabut jugak la orang KPJ nak buat lawatan untuk 2 hari ni.Bagus jugak la diorang ada jugak inisiatif(betul ker aku eja?) nak datang ziarah.Penat memasing walaupun hanya ziarah sahaja.

Tiba² lepas aku taip bait² perkataanku ini timbul satu perasaan yang kurang menyenangkan kerana terkenangkan mereka semua.Bagaimanakah keadaan mereka?Harap² la diorang dapat menabahkan diri mereka.

~AL-FATIHAH~

Semoga roh mereka dicucuri rahmat YANG MAHA ESA

~off dulu,rase nak nangis la…

May 10, 2008 Posted by | Babbling, Malay | , , , , | 3 Comments