Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Wondershare Flash Slideshow Builder

Korang bodoh dalam penghasilan slideshow?Tidak pakar dalam mengendalikan software yang hebat² seperti macromedia atau swish? Baik korang mengaku aje macam aku nih sebab aku memang tak reti nak buat lebih² jika nak menghasilkan slideshow.Korang pernah aplikasi Rock-You?Aloh..dalam friendster,myspace ramai aje yang guna benda² ni.Nih aku nak korang tengok aku terjumpa sebiji macam aplikasi Rock-You yang orang lain tuh guna.Asalnya kawan aku minta tolong untuk cari software editor untuk gambar slide.Aku suruh dia guna WMP dia cakap tak reti,padahal benda tu senang aje kalau nak diikutkan.Jadi aku cuba mencari aplikasi yang boleh dipermudahkan untuk orang yang bongok-pemalas untuk dia nih.Dengan tak semena² aku pun terjumpa dan terkagum sekejap sebab senang pulak nak digunakan.

Memula korang install dahulu software ni(software kena carik sendiri,kalo nak dari aku korang bagitau nanti).Software ni bukan standalone punya software(ye ker?)Bila dah install,korang bukak dari icon kat desktop tuh bertajuk “Wondershare Flash SlideShow Builder“.Ia ada dua,satu lagi untuk create theme.Bila korang dah buka, korang akan nampak paparan adalah seperti imej dibawah.Button utama mempunyai 5 kategori iaitu browse,theme,effect,decorate, ngan publish.Seperti yang aku tanda 2,itu adalah kawasan yang memaparkan setiap sub kategori yang korang pilih dari button utama.Manakala kawasan 3 memaparkan file yang terdapat dalam kawasan 2.Dibawah 2 dan 3 merupakan kawasan untuk slide show dan memaparkan tajuk lagu korang.

Sebagai permulaan anda boleh memilih gambar untuk slide show anda dengan hanya menggunakan double click dan ianya secara automatiknya dimasukkan kedalam kawasan slideshow tersebut.Anda boleh mengubah setiap susun atur gambar anda kemudian dengan kaedah drag-and-drop sahaja.

Kemudian kita beralih pada button utama yang kedua,button theme(lihat kawasan bertanda 1).Anda boleh memilih dari 3 sub-kategori yang diberikan dan 1 kategori untuk anda edit sendiri(bila dah jadi pakar).Software asas ini menyediakan 9 jenis dari sub simple,18 jenis dari sub theme dan 10 jenis dari sub thumbnail.Kawasan preview untuk setiap theme yang anda pilih akan dipaparkan di belah kanan anda.Jika anda rasa² yang berminat denga apa yang mereka sediakan,anda boleh browse melalui button dikawsan bertanda 3.

Selepas selesai memilih theme,kita tukar pulak slide animation.Bagaimana kita memilih cara ragaman gambar untuk bergerak².Ini terdapat dalam kawasa effect dan effect juga mempunyai 2 jenis sub kategori.Sub untuk transition iaitu untuk yang pelik² serta mempunyai 715 jenis manakala untuk sub pan/zoom mempunyai sebanyak 10 jenis.Anda boleh memilih sama ada secara rajin atau secara malas untuk setiap gambar.Lihat kawasan ditandakan 3,jika malas-anda boleh memilih secara random(rawak) dan jika anda rajin anda boleh click pada setiap kawasan seperti ditandakan dengan 1 dan 2.Kawasan yang ditandakan 1 adalah cara untuk imej itu bergerak dan kawasan bertanda 2 adalah cara untuk penukaran slide gambar yang seterusnya.Anda yang membuat keputusannya..

Di kawasan decorate,anda boleh memilih 5 jenis dari kepelbagaian gambar icon kecil untuk menambah-lawakan untuk setiap gambar yang anda pilih.Mempunyai 5 jenis sub kategori,text-dimana anda boleh meletakkan perkataan apa sahaja yang sesuai,bubble-meletakkan kotak awan(macam dalam komik selalunya),clipart-Mempunyai icon kecil yang menarik,sound-meletakkan sound² yang best(tapi ada 6 jenis aje) dan anda boleh merakamkan dengan menggunakan button sound.

Aku lebih suka menggunakan icon kecil kerana aku meletakkan lagu kegemaran aku.Kalau letak sound memang potong stim nak layan nanti!Hanya dengan drag-and-drop sahaja anda boleh meletakkan gambar tersebut dimana sahaja untuk memuaskan nafsu anda.Letakkan mouse pada gambar tersebut dan anda akan dapati bahawa ianya boleh dipusing² dan menyesuaikan saiz imej tersebut.

Right click pada lagu yang anda pilih dikawasan music dan pilih edit.Anda boleh memendekkan tempoh lagu yang anda letakkan.Anda boleh menetapkan masa yang tepat untuk timeline lagu keseragaman slideshow secara keseluruhannya.

Tambahan,walaupun ada butang untuk edit image (lihat imej yang pertama-button lelain) tetapi korang boleh jugak double-click pada imej dikawasan slideshow(lihat imej pertama) untuk edit gambar.Gambar hanya boleh diedit dengan menunggang-terbalikkan(rotate) gambar dan menerang-gelapkan gambar tersebut.

Yang terakhir sekali,korang boleh save dalam beberapa format.executable file,generate html,generate sebagai file .swf,boleh juga share online file dan boleh dijadikan sebagai screen saver dalam pc korang.Lepas dah sipa korang bolehla layan awek²/boipren² korang macam yang aku buat nih.(tapi nih bukan awek aku taw!)

Dan hasilnya adalah seperti ini~orang pemalas macam aku memang buat tak berape lawa

Contoh boleh amek kat sini

Sekian sahaja review aku untuk software ini,bagi aku ian sangat mudah,user friendly,boleh buat sesuka hati,tapi kena beli.Mahal plak tuh.Takpe,aku ade crack.Muahahaha!!

~~~~~~~~~komentar empunya foto~~~~~~~~~

Advertisements

June 20, 2008 - Posted by | Creativity, Product Review | , , ,

7 Comments »

  1. oit..piracy..hahaha

    Comment by uzairubiah83 | June 21, 2008 | Reply

  2. aloh,aku bukan nak guna sangat pun.Guna nak buat review aje~hohoho

    Comment by botaksart | June 21, 2008 | Reply

  3. waaaa,kretifnya abg nie…gambar sapa kamu letak tue??

    Comment by dai | June 22, 2008 | Reply

  4. Heheheh,tak mintak kebenaran dolu la.Kasik feymes sket kamu tuh

    Comment by botaksart | June 22, 2008 | Reply

  5. hehe. awek cun pilihan hati ku!

    Comment by budakmerah | June 23, 2008 | Reply

  6. Cun ho…

    Comment by botaksart | June 25, 2008 | Reply

  7. nk software ni gak..
    bleh kasi x skali ngn crack dia..
    email eh rekon08@yahoo.com

    Comment by rekon | August 26, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: