Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Membina Watermark mudah

Tahukah korang membuat watermark sendiri?Pernah terfikir untuk melindungi imej sendiri dengan mudah?Hari ini aku akan ajar korang buat watermark yang senang sebab aku sangat bosan pada hari ini.Aku menggunakan Adobe Photoshop CS3 ver 10.0.Kalau edisi Photoshop lain pun lebih kurang sama aje.Korang jangan risau la pasal ni.

Memula korang buka Photoshop korang,bukak fail baru seperti yang tertera dibawah.Kalau nak senang korang boleh tekan shortcut sendiri(Ctrl+N).Aku mulakan saiz imej dengan 400 X 100 (dalam pixel)

Lepas tu korang boleh masukkan apa² imej atau tulisan yang menggambarkan itu adalah dari anda.Lebih baik jika korang meletakkan nama anda sendiri dan lambang² yang berkaitan.Macam yang aku buat,aku meletakkan nama blog aku dan meletakkan lambang wordpress berwarna hitam.Anda tidak perlu risau dengan apa warna sekalipun kerana selepas selesai dengan brush,anda boleh memilih sendiri warna anda.

Seperti dalam rajah,gambar aku memang tak muat untuk keseluruhan.Jadi aku buat keputusan untuk membesarkan ‘canvas‘ untuk imej aku.Buka image>canvas size,ubah sendiri width atau height yang bersesuaian.

Jika anda telah selesai menyusun atur gambar,korang perlu pergi ke Edit>Define brush pattern.Disini korang boleh memberikan nama seperti yang tertera dalam rajah dibawah.Aku meletakkan tajuk sebagai “brush watermark

Nah!Korang dah menyiapkan satu brush untuk digunakan sebagai watermark korang sendiri!! Korang boleh cari brush korang dalam tools brush. Lihat gambar disebelah kiri,klik pada brush. Pilih brush yang anda bina pada imej seperti tertera dibahagian kanan.

Sekarang anda boleh buka apa² imej dan meletakkan watermark yang anda bina.Pilih warna kesukaan mengikut kesesuaian imej.Selamat mencuba!

Advertisements

June 21, 2008 - Posted by | photoshop | , , ,

9 Comments »

  1. heh. bagos. bagos. troskan tutorial anda. saya suka. saya suka. :p

    Comment by wandalini | June 22, 2008 | Reply

  2. terima kaseh atas dorongan anda wanda.thanks jugak sebab letak link aku dalam blog kamu

    Comment by botaksart | June 22, 2008 | Reply

  3. muahahahaha..CS3..ada copy..bagi sama aku bleh? :p

    Comment by catzer | June 22, 2008 | Reply

  4. cracked version da…mane mampoo nak beli lagi.hahahaha!

    Comment by botaksart | June 22, 2008 | Reply

  5. wat la link. senang sket aku nak gi menziarah kamo. ngeh3. mau juge cracked version cs 3 itu! ngeh3. ngade2 kan saye.

    Comment by wandalini | June 22, 2008 | Reply

  6. hohoho~kalo nak sangat mai datang umah bawak thumbdrive paling koman 1G.Besar sangat menatang nih..

    Comment by botaksart | June 22, 2008 | Reply

  7. wah… mudah sekali. i pakai CS3, original, kat opis. tapi kena buat 1-1 foto. boleh tak buat banyak foto sekali gus?

    thank u.

    Comment by syel | July 24, 2008 | Reply

  8. banyak foto sekaligus masih belum ada idea yang mencakupi pembelajaran..Kalau aku jumpa aku kasitau

    Comment by botaksart | August 4, 2008 | Reply

  9. wahhh..ada class fotosop rupanya. my fav a.k.a addicted to editing using fotosop..

    teruskan2..saya masih nak improvekan editing saya menggunakan ilmu kamoo..

    Comment by Izad Amza | November 6, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: