Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Aku sebok dan penat

penat, naim

Sejak aku ada kat Melaka nih,ada saja kejadian yang menjadikan aku sungguh sebok. Walaupoun kengkadang tahap melepak aku nampak sangat best,tapi tetap celaru jugak. Selagi aku tak keluar dari sana,aku tetap sibuk dan akan cuba untuk menyibukkan diri dan kadang² buat² sibuk sebab dah sibuk sangat dengan mende lain. kengkadang terasa diri ini macam terlampau bagus pulak, orang minta tolong sana sini. Kalau tak tolong diorang akan mencarut² sekaligus mencemarkan nama suci aku sendiri. Jadi dengan tiada pilihan, aku menolong jua mereka. Tapi walaupun aku tidak terlibat dengan sesuatu, aku tengok ada kesilapan diorang dan menegur, dengan tidak semena-mena aku sekali terlibat.

Hari-hari aku terasa penat sampai kadang-kadang kawan aku dalam bilik yang tak bersalah pun leh penat tengok aku yang penat. Selama lebih kurang 3 bulan berkecimpung dalam arena kepenatan, akhirnya aku berehat juga dengan tenang masa dapat cuti semester yang tidak berapa panjang ini. Takpe, janji cuti, kalau cuti lelama nanti elaun aku kat sana pun boleh kurang pulak. hehe³

Tinggal di rumah agak bosan, walaupon rokok dapat ditelan asapnya sesuka hati, dimana sahaja,walaupun tiada siapa yang memanggil untuk menolong, walaupun tidak mendengar suara si ‘Tapai'(senior sem4) yang asek memekak bila mencelikkan dirinya, walaupun tiada bunyi siren,tiada bunyi pengumuman mak guard, tapi aku nak keluar rumah naik bas memerlukan duit. Aku nak melepak minum teh pun kena ada duit, aku sangat pokai. Macamana nak lepaskan tekanan? Nasibaik ada komputer aku. Aku pun dah lama tak godek² komputer ni. Dengan habuknya, dengan seleraknya adik aku guna, dengan isi dalam tak bersusun. Jadi aku akan menggunakan komputer ini dengan sewenang-wenangnya selepas 6 bulan tidak menyentuhnya dengan sempurna.

Aku tak nak merepek pepanjang, sebab ramai yang taknak dengar repekan aku nih. Bukan best sangat pun kehidupan aku nih.Tapi aku nak tunjukkan satu hari jadual aku yang terakhir sebelum peperiksaan akhir aku dijalankan. Hari Jumaat, penghulu segala hari, hari kesucian dan jatuhnya haribulan aku nak balik ke rumah cuti raya Haji. Time nih ada kelas,tapi aku dah sibuk,nak buat camne..

JUMAAT-5 Disember 2008

0500 – Bangun pagi(perkara rutin)

0530 – Subuh di surau

0645 – Sarapan

0730 – Roll Call Pagi

0800 – Meeting dengan Ketua Sekolah

0830 – Balik kelas, keluarkan arahan.

0845 – Jumpa ketua PW, ulasan laporan

0900 – Buat laporan untuk Family Day PJE

1000 – Sarapan ke2

1030 – Perjumpaan dengan SRM(sekretariat Rakan Muda)

1100 – Balik bengkel,kemas stor Overhead( Barang sampai bertan²,dahla takde kren)

1200 – Hantar Laporan ke Pengarah,balik dorm

1230 – Solat Jumaat

1430 – Kembali ke Kelas

1500 – Pergi Admin,ambil buku outing, jumpa dengan ketua kerani untuk persediaan perhimpunan bulanan

1530 – Pergi kafe jumpa penasihat SRM.

1600 – Meeting dengan Penasihat MPP

1630 – Proposal Dinner kena reject

1700 – Balik rumah dengan tensen

*Belum lagi cerita setiap perjumpaan aku,ade aje selitan orang lain.agak jem jugak la..

Advertisements

December 22, 2008 - Posted by | Babbling, Malay | , , ,

6 Comments »

  1. mak oii..sibuk giler..

    Comment by uzairubiah83 | December 24, 2008 | Reply

  2. sibuk memang sebok. tu la sampai blog bekulat. btw, siriku agak tidak memahami. adakah dirimu ini pelajar sekolahkah? pelajar pondokkah? pelajar universitas kah? pelajar institusi kah?

    oh, tidak faham.

    Comment by wandalini | December 24, 2008 | Reply

    • bukan pelajar pondok, pelajar tua yang mendiami institut kecil di melaka dan mengambil lesen elektrik selama 3 tahun..

      Comment by botaksart | December 24, 2008 | Reply

  3. ciannyer……penat ekkkk,,,
    alah biasaklah tueeeee
    good luck

    Comment by tiara_89@yahoo.com | December 28, 2008 | Reply

  4. buat lah keja,perlahan2……jan kelam kabut sangat…..

    Comment by tiara_89@yahoo.com | December 28, 2008 | Reply

  5. ish ish..bz betul hr jumaat tue..emmm, lama2 jd biasa laa tue..6bln duk sana, mcm2 hal ada

    Comment by dyai | December 30, 2008 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: