Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Torrent Tutorial

Seperti yang telah dikatakan olehku sebelum ini bahawasanya aku akan menge’post’ tutorial yang telah aku draft dari bulan 6 dahulu! Okeh,memula korang kena download dulu software untuk download torrent seperti utorrent, bittorent,azureus dll. Aku menggunakan utorrent sebab software nih tak berat mane dan ram aku pun tak seberapa banyak.

Klik link dan download dahulu sebagai savefile. Nanti kemudian extract dan install. Jangan riso,mende ni senang giler babas. Kalau guna utorrent, korang terus aje install. Dalam beberapa saat(lebih kurang la) aje dah boleh guna

Pastu korang kena carik mana² laman web yang provide .torrent file. Korang kena pandai carik, pepandai baca review pasal quality dll. Kalo maleh,download aje macam yang aku buat. Klik pada link dan ia akan tertera macam box sebelah kanan. Kalau korang pakai utorrent, buat open with utorrent macam dalam gambar aku seperti dibawah.

Kalau kat box adalah tertera selain dari application torrent yang korang download, korang cari others dan pilih application yang korang install seperti azureus,bittorrent, dll.

Selesai sahaja korang pilih, skrin application akan bertukar sekali lagi dan akan minta korang simpan file yang akan di muat turun(download). Tekan ok aje jika anda mahu simpan di tempat yang telah ditetapkan oleh application setting. Jika tidak,lihat seperti di bawah.

Kalau tidak mahu menggunakan default file untuk save torrent anda, tekan button yang ditandakan ‘1‘ dan akan muncul skrin kedua. Pilih folder yang bersesuaian dengan saiz, enak dimata dan benak anda serta tekan ok apabila nafsu anda telah menetapkan tempat simpanan folder tersebut.

Kemudian,skrin akan kembali pulih seperti diatas dan pastikan tempat simpanan folder anda adalah betul seperti tertera di atas. Tekan ok sahaja bila selesai meneliti.

Selesai sahaja tindakan anda, skrin akan tertera seperti di atas dan akan menunjukkan perjalanan download anda. Untuk makluman anda, perjalanan download anda bergantung kepada jumlah seeders(penyumbang) untuk file tersebut. Anda perlu membiarkan komputer anda dalam keadaan online senantiasa untuk mempercepatkan lagi perjalanan folder anda. Sila pastikan anda sentiasa membuka kembali torrent application anda apabila anda telah memati dan menghidupkan komputer anda. Sekian torrent tutorial dari aku.

————————————

nota 1: Jangan salahkan aku kalau kilat menyambar komputer anda. Sila tutup apabila hujan melanda kerana petir mampu menyambar rumah anda walaupun kedudukannya sejauh 2km!

nota 2: Tutorial ini disediakan untuk belasan rakan aku yang masih tidak mampu untuk menyediakannya sendiri. Jika masih tidak faham,sila beri mesej serta jangan malu dan segan. Trimas

Advertisements

December 26, 2008 - Posted by | Product Review | , ,

2 Comments »

  1. kita kawan la ni

    kaki torrent juga rupanya

    tapi aku guna azureus jer , sekarang dah tukar nama Vuze

    sebab tu PC ON 24 jam kecuali hujan/petir, pastikan OFF lcd anda

    Comment by BAGAK | January 1, 2009 | Reply

    • Tak tau pulak dia dah tukar nama. Lama tak guna menatang tuh!

      Comment by botaksart | January 3, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: