Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Menonton Filem

3histeria00

Hari ini aku tidak mempunyai apa-apa kerja yang boleh dilakukan dirumah. Makan dan tidur hingga ke petang. Memandangkan hari ini merupakan cuti umum untuk kebanyakan negeri, aku hanya mampu duduk di rumah kerna aku tahu bahwa kebanyakan tempat mahupun jalanan pasti dipenuhi oleh orang tidak kira usia terutamanya golongan muda. Tiba malam aku mengambil kesempatan menonton wayang yang sebenarnya aku hampir terlupa dengan janjiku bersama beradik yang lain.

Asalnya plan aku mahu menonton ‘Cicakman 2’, tapi selepas maghrib aku cuba mencari-cari di laman web semua panggung wayang, yang tinggal hanya di terminal pada petangnya. Jadi aku terlepas untuk menontonnya. Agak keciwa sedikit kerana aku sebenarnya memang untuk menyahut seruan semua supaya memberikan galakan kepada industri filem negara(tetapi bukan kepada filem cintan yang merapu²!). Mana tahu nanti meletup, mereka boleh memfilemkan cerita yang lebih bagus untuk era akan datang..

Aku tiba di Terminal 1 Seremban dan membiarkan adik-adik aku membuat pilihan sendiri. Mereka memutuskan untuk menonton filem seram,Histeria. Mulanya aku rasa seperti mahu membantah, tetapi akhirnya aku mengikut sahaja. Cerita bermula pada 930 malam.

Cerita Histeria ini agak lain dari cerita hantu@seram yang lain. Cerita ini berkisarkan kepada kisah 6 rakan baik di sebuah sekolah perempuan iaitu Murni, Alissa, Tini, Kerek, Marina dan Junita. Pada mulanya niat mereka hanya untuk bermain, mereka mula dengan memanggil puaka di sebuah busut. Salah seorang berpura-pura sehingga menjadi histeria sehingga guru-guru mereka memanggil bomoh. Akibat dengan kejadian tersebut,mereka semua dihukum untuk tinggal sementara di salah sebuah hostel lama selama 3 hari bermulanya cuti penggal sekolah. Mereka ditinggalkan bersama dengan seorang pengawas,Zeta dan 2 orang guru untuk mengawasi mereka. Tetapi salah seorang guru mereka terpaksa balik untuk melihat anaknya yang sakit dirumah. Bermulanya cerita ini ketika malam selepas Junita mengambil barang yang ditanam oleh tukang kebun mereka. Semua yang tinggal disitu dibunuh oleh puaka tersebut bermula esok malam dari Junita diikuti oleh gurunya pada malam yang sama. Kemudian diikuti oleh yang lain-lain termasuk teman lelaki(baca: Boyfriend) Alyssa dan rakannya serta tukang kebun yang memanggil kembali puaka bekas jagaannya. Akhirnya tinggal Murni sahaja yang hidup dan disahkan mendapat penyakit mental oleh Doktor yang merawatnya.

Cerita ini bagi aku sangat memberansangkan kerana ianya tidak kepada berkisarkan kepada dendam hantu yang selalunya berlaku dalam filem-filem tempatan mahupun antarabangsa. Aku boleh beri 3-4 bintang untuk filem ini kerana berjaya untuk menambat hati aku untuk berasa tidak menyampah apabila menonton. Efek untuk hantu adalah kurang menarik, tetapi keadaan mayat yang dibunuh agak menyeramkan. Keadaan didalam bilik air,suasana keliling yang seram, keadaan yang berjaya untuk menakutkan orang ketika mereka sedang gelabah untuk melarikan diri.

Tetapi aku tidak puas hati kenapa

1) Riz menggunakan Subaru Impreza? Kenapa tidak ditonjolkan keta tempatan? Imej Malaysia boleh ditonjolkan disini juga.

2) Kenapa perlu dikeluarkan imej lesbian untuk Zeta?

3) Kenapa perlu mereka ditinggalkan dengan seorang sahaja guru untuk dipantau?

4) Adakah mereka ada menonjolkan imej negara?

Mungkin ada sebabnya yang aku sendiri tak boleh rungkaikan. Korang semua boleh tonton filem ini kalau mahu tahu lebih lanjut lagi. Cerita ini bagus dan boleh diketengahkan kepada luar agar mereka sendiri tahu dengan dunia perfileman Malaysia. Ada apa-apa lagi hendak ditambah?

Advertisements

December 30, 2008 - Posted by | Babbling, Drama Review, Malay | , ,

4 Comments »

  1. cerita ni macam ada sikit2 cerita hantu korea. betul x?

    Comment by sakura | January 1, 2009 | Reply

    • Cerita ni sebenarnya adalah senario sebenar dalam masyarakat melayu kita. Jadi kita tak perlu nak kaitkan dengan hantu korea. Mungkin ‘muka’ hantu tu serupa dengan cerita diorang, tapi kalau difikir dalam sedikit memang menggambarkan senario kebiasaan dalam masyarakat kita jugak!

      Comment by botaksart | January 3, 2009 | Reply

  2. mmm..kalaupun ku tengok, mungkin sebab liyana jasmay. and the lesbian thingy? provokasi is sickening..

    Comment by splendidwitch | January 3, 2009 | Reply

    • splendidwitch: serupa ko tak payah tengok la..

      Comment by botaksart | January 3, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: