Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Friendster-Oh-Friendster

friendsterlogo

Korang mesti tau ape mendenya ‘Friendster’ ni kan? Mesti korang pun ada join sekali menatang ‘internet social networking website’ ni kan? Atau korang mesti jugak ada join mende² lain seperti myspace, tagged, facebook dll. Mesti ada tujuan dan faedah masing² kan? Kasi fikir sendiri la faedahnya. Aku merupakan salah seorang daripada orang yang berjuta telah mendaftar untuk Friendster ni. Sedar² dah dekat 5 tahun aku terjebak ngan menatang ni. Tapi buat pengetahuan korang jugak, aku mula dengan tidak mengetahui apa² pun. Ini disebabkan oleh x-girlfriend ku yang ‘menolong’ untuk membina laman Friendster aku ini.

Friendster aku bermula pada 5 Nov 2003, tapi aku benar² aktif sekitar tahun 2005-200. Pada ketika itu aku mula bekerja dan beleoh online secara percuma di ofis. Iyela, budak sengkek cam aku ni mana ada chance nak bayar internet yang agak mahal pada ketika itu. Gaji pun agak sikit kalau nak bandingkan dengan kehidupan bujang aku yang penuh dengan kefoya-foyaan.

others2

Di sini aku ingin menceritakan bagaimana aku boleh terjebak dengan ‘Modding Friendster Layout‘. Pada permulaan aku hanya menggunakan default layout yang diberikan oleh Friendster, tetapi lama kelamaan aku bertukar menjadi seorang yang asyik dengan kelainan dengan bertukar² warna. Tutorial yang Friendster sediakan memang senang untuk di setting, cuma perlu memilih warna sahaja. Itu hanya warna!

others1

Kemudiannya aku mula terjumpa dengan profile orang lain yang menukar mouse scroll, icon dan bermacam² lagi dengan bling² termasuk wallpaper yang merepek². Aku mula teruja dan mula mencari². Maka bermulanya epik untuk aku teruja dengan layout Friendster ini dan mula mengabaikan social networking yang lain..

tweakersPada mulanya aku terjumpa dengan blog² orang yang menyediakan layout tetapi mereka meletakkan trademark mereka sendiri pada layout percuma yang diberikan. Aku tidak puashati,mencari lagi dan aku terjumpa dengan Friendster-Tweakers. Di forum mereka ada memberikan bermacam jenis javascript yang begitu mengujakan aku. Aku mula menggunakan apa sahaja yang menarik minat aku. Bukannya susah,hanya copy paste sahaja. Tetapi ada sebahagian besar dari script mereka mengandungi click-referral dan ini terus membuatkan aku tetap tidak puashati dengan perkara tersebut,dan aku mencari lagi.

ffKesekiankalinya aku terjumpa pula dengan Friendster forum. Aku terus mendaftar sebagai ahli dan disini perbincangan, tutorial ada disediakan untuk newbie seperti aku. Aku terus menggunakan khidmat yang mereka sediakan, berbincang dengan ahli yang lain dan disini juga aku mula belajar bermain dengan Photoshop sekaligus membuatkan aku terus teruja dan terus mendalami walaupun sebelum ini aku pernah menggunakannya secara basic! Aku berpuashati dengan agak lama juga dengan kejayaan yang aku kecapi untuk membina layout sendiri. Tetapi kejayaan itu hanya bersifat sementara..

– – – – – – – – – – – – – – – – – –

Bersambung kepada episod ke-2

December 31, 2008 - Posted by | Babbling, Product Review | , , ,

4 Comments »

  1. hi.. ape email friendster awak? boleh tau?

    Comment by sakura | January 1, 2009 | Reply

    • Nanti gua forwardkan email same lu. Tq sakura

      Comment by botaksart | January 3, 2009 | Reply

  2. Aku pun mula aktif friendster sebab ada orang aku minat kat sana.. Huhuhuhuhu

    Comment by zool | January 1, 2009 | Reply

    • Tuh niat jahat ker atau ko desperate?! (Soalan kencang dari aku.huhuhu)

      Comment by botaksart | January 3, 2009 | Reply


Leave a reply to botaksart Cancel reply