Blog Botak

Botak-suke-suke-blog

Ceramah

Takde nak banyak cerita, tengok sendiri aje flyers yang aku scan nih.

img_0004img_0005

Di kala ini aku sungguh malas nak tulis blog..

March 18, 2009 Posted by | Uncategorized | , , , | 1 Comment

Masih pukul 4 pagi

jam
Jam kat desktop menunjukkan pukul 4 lebey. Aku dah tertido td, tapi try on balik pc aku. Risau kalau² monitor still takley on. Mana taknya, tengah syok² nak layan facebook, tiba² aje monitor padam. Sape yang tak kalut kalo jadi camtu. Kalau takley on memang merana aku kejap sementara nak balik Melaka ni wehh.. Monitor mungkin takley bukak lelama. Nampaknya kena pow seseorang untuk mendapatkan monitor baru selepas ini!!

owh! Ini post untuk hari pertama 2009!

January 1, 2009 Posted by | Uncategorized | 6 Comments

Al-Fatihah..

Yasin
Malam nih, tepat pukul 1945, Pak Din disahkan meninggal dunia. Di informkan oleh anak dia sendiri, Siti Hajar. Takziah untuk beliau dan seisi keluarga. Al-Fatihah untuk Pak Din,semoga rohnya aman dan tenteram dan dicucuri rahmat. Amin..

*malam nih kalau sempat aku bacakan Yassin sekali…

nota:down kejap dengar orang meninggal nih..

December 24, 2008 Posted by | Uncategorized | , , | 1 Comment

Aku Kembali

image019
Aku telah tiba dirumah serta berazam untuk menulis dan membaca blog korang-korang semua. Lagi 2 hari maka genaplah 6bulan aku tidak menyentuh blog aku sendiri. Aku tiba dengan perasaan yang tenang,tanpa gangguan kerja dari tempat belajar aku, tanpa dendam, tanpa duit dan aku tiba dengan pengalaman yang bisa aku coretkan sendiri bermula pada hari ini juga. Bisa juga aku coretkan kepayahan, kebosanan dan bermacam perasaan lagi bila berada didalam tempat belajar@penjara yang menghalang segala aktiviti luar dari masuk kedalam sesukahatinya. Aku akhiri coretan hari ini dengan tasbih kifarah dan surah al-asr

December 20, 2008 Posted by | Uncategorized | | 2 Comments

Rindu

This article is a credit for Zahirul. taken from his blog. Good facts.Malay version

Silapnya kita apabila terlalu rindu tidak pernah fikirkan bagaimana keadaan org yg sedang dirindukan itu. Kita meletakkan dirinya sama seperti kita.Kita sangka dia juga sedang merindukan kita.Jika dia seorang yang cemerlang kadang2 dia sibuk dengan kerjaya atau sibuk dengan pelajaran. Kita kene beri kesempatan kepadanya untuk ‘tarik nafas’. Panggilan yang bertalu-talu akan hanya mengundang rasa benci.

Rindu itu asam garamnya percintaan. Ia perencah pada masakkan yang bernama cinta. Tanpa rindu cinta memang tidak bermakna, tetapi batas-batasilah rindu anda sebab kerinduan yang terlampau akan membuatkan tindakkan bodoh. Tatkala anda teramat rindu anda dalam arus theta. Arus ini adalah arus ketiga setelah beta (semangat) dan alpha (tenang). Arus theta dipanggil juga arus mengantuk. Tatkala anda mengantuk memang tiada kecermelangan dapat anda bentuk.

Jadi,bergitulah. Tatkala anda teramat rindu anda sebenarnya dalam keadaan megantuk. Anda menurut saja bisikan hati. Hati pun sebenarnya malas hendak manyampaikan apa2 mesej power kepada minda. Minda juga letih dan inginkan kerehatan.

Tatkala anda teramat-amat rindu anda gagal berfikir secara rasional. Maka itu kawallah diri anda jangan sampai teramat-amat rindu. Bukan tidak boleh tapi batasi perasaan begini tatkala ia melanda. Kemudahan yang ada pada masa kini menyebabkan kita semakin manja dan mengada-ngada. Sikit-sikit nak telefon, sikit-sikit nak hantar SMS. Bila kita telefon kita mula mereka mcm2 prasangka apabila org yg dihubungi tidak menyambut. Kita juga akan memikirkan bermacam2 perkara jika SMS tidak berjawap selama beberapa jam.

Bergitulah kita mahu dilayani. Kemudahan komunikasi menjadikan kita semakin tidak sedar pentingnya memahami psikologi dan bahasa isyarat manusia. Tatkala org tidak mengangkat panggila anda, ketahuilah hambatan-hambatan waktu yang mengkin sedang dialaminya. Ketika dia tidak segera membalas SMS anda,fahamilah terkadang dia memang tiada waktu.

Tatkala panggilan anda tidak pernah bersambut lagi hingga seminggu, ketahuilah dia mungkin sudah tidak memerlukan anda dalam hidupnya. Tatkala SMS anda langsung tidak berbalas hingga berbulan-bulan lamanya, sedarlah anda sudah tiada dalam hatinya.

Ingat, terus menghubungi bermakna anda seperti tidak faham bahasa sepi. Mahalkanlah rasa cinta dan ridu anda itu. Tatkala rasanya orang sudah tidak memerlukan kita, usah ditagih perhatiannya lagi. Katakanlah selamat tinggal, aku membawa diri. Jika engkau jujur dlm perhubungan ini, tibalah masanya engkau pula mencariku.

Cinta akan menjadi berharga apabila diberikan harga terhadapnya. Nilainya akan bertambah tinggi apabila harganya ditinggikan. Anda terlalu rindu dan terlalu menghubunignya, ia merendahkan harga cinta anda.

September 20, 2007 Posted by | Uncategorized | 4 Comments